KUAL ALUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19, kata Pejabat Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pada petang ini.
Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, Ismail Sabri akan menyertainya secara maya. – MalaysiaGazette