Sebanyak 20,897 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan diseluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,897 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 1,746,254 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 4,371 kes.

Ia diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479) dan Perak (1,204).

Manakala negeri yang mencatatkan jumlah kes di bawah 1,000 iaitu Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417), Perlis (64), Putrajaya (25) dan Labuan (1). – MalaysiaGazette