Petugas mengambil gambar batu nisan pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 meningkat lagi dengan 282 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu ia menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia ekoran wabak tersebut iaitu 16,664 kes, kata Ketua Pengarah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 turut tinggi iaitu 267,863.

“Sebanyak 1,005 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 464 daripadanya memerlukan bantuan alat pernfasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh baharu turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan iaitu 18,465 menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 sebanyak 1,461,727 kes.

Terdahulu, beliau memaklumkan sebanyak 20,897 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 20,896 kes merupakan penularan tempatan manakala hanya satu kes import.

Menerusi pertambahan itu jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 1,746,254 kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: 20,897 kes baharu, Selangor masih catat jumlah tertinggi