Gambar hiasan. foto Getty Images

TOKYO – Masalah pencemaran vaksin Moderna Covid-19 di Jepun semakin meruncing selepas dua wilayah turut menggantung sementara penggunaannya berikutan penemuan bahan asing dalam kumpulan lain pengeluaran vaksin tersebut.

Gangguan bekalan Moderna berlaku ketika Jepun sedang giat memerangi gelombang Covid-19 terburuk, didorong oleh penularan varian delta, dengan jangkitan harian baharu melebihi 25,000 kes bulan ini.

Laporan terbaharu pencemaran vaksin ini berlaku di wilayah Gunma dekat Tokyo dan selatan Okinawa, mendorong penangguhan sementara penggunaan daripada dua lot Moderna baharu.

Minggu lalu sebanyak 1.63 juta dos vaksin ini telah ditarik balik penggunaannya.

Benda asing berwarna hitam ditemui dalam botol vaksin moderna di Gunma, kata seorang kakitangan pejabat dari wilayah tersebut.

Sementara di Okinawa, benda asing hitam ditemui dalam jarum suntik dan botol dan bahan berwarna merah jambu ditemui dalam jarum suntik yang berbeza.

Kementerian Kesihatan Jepun mengatakan beberapa insiden mungkin disebabkan jarum dimasukkan ke dalam botol dengan cara tidak betul sehingga memecahkan penyumbat getah.

Kementerian dan Takeda Pharmaceutical, yang mengedarkan vaksin Moderna di Jepun, mengatakan setakat ini tidak ada masalah keselamatan susulan insiden di Okinawa dan Gunma.

Malah program vaksinasi di seluruh negara itu masih diteruskan.

Gunma dan Okinawa boleh menyambung semula menggunakan botol dari lot yang berkenaan selagi tidak mengandungi bahan asing, kata kementerian itu.

Kes-kes pencemaran berlaku selepas dua orang mati setelah menerima suntikan vaksin Moderna.

Kerajaan Jepun berkata, tidak ada masalah keselamatan atau keberkesanan yang diketahui dan penangguhan adalah langkah berjaga-jaga.

Punca kematian sedang disiasat. – CNBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast