PUTRAJAYA – Sebanyak 42 lagi kluster baharu penularan Covid-19 telah dikesan hari ini, kata menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, setakat ini sebanyak 4,773 kluster dilaporkan dalam negara.
“Jumlah kluster yang telah ditamatkan adalah 3,279 kluster dan jumlah kluster aktif adalah 1,494. Daripada 42 kluster baharu hari ini, 22 kluster dikesan di tempat kerja iaitu membabitkan 673 kes.
“Manakala 17 lagi adalah kluster komuniti membabitkan 431 kes diikuti masing-masing satu kluster keagamaan (40 kes), Pendidikan (16 kes) dan Pusat Tahanan (lapan kes) dilaporkan setakat 24 jam lalu,” katanya hari ini.
Tambah Khairy, daripada 22 kluster tempat kerja itu, 10 dilaporkan di beberapa daerah di Kulai, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Tangkak di Johor.
Manalakala tiga lagi kluster kerja di Pulau Pinang, dua di Selangor, dan masing-masing satu kluster kerja di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
Menurut beliau, dalam kalangan kluster kerja, Kluster yang di kesan di Industri Medan Bayan Lepas Pulau Pinang adalah membabitkan seorang wanita warga Indonesia berusia 21 tahun yang merupakan pekerja kilang telah dikesan positif Covid-19 pada 9 Ogos 2021 hasil saringan individu bergejala dan kes mula bergejala pada 30 Julai lalu.
Seorang lagi wanita tempatan berusia 19 tahun turut dikesan sebagai kluster tempat kerja membabitkan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Teluk Kemunia, Kota Tinggi yang dikesan positif pada 31 Ogos lalu hasil saringan individu bergejala.
Tambah beliau, daripada 17 kluster komuniti yang dikesan KKM, sembilan dikesan di negeri Kelantan, masing-masing dua di Selangor dan Terengganu, satu kes di Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.
“Selain itu masing-masing satu kes kluster Pusat Tahanan, Pendidikan dan Keagamaan dilaporkan di Pulau Pinang,, Kelantan dan Pahang,” ujar beliau.-MalaysiaGazette