Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Perkembangan terbaharu kes Covid-19 harian setakat 24 jam lalu menyaksikan jumlah kes sembuh  merekodkan angka tertinggi sebanyak 21,073 kes berbanding  harian baharu 18,762.

Ia sekaligus menjadikan kes kumulatif kesembuhan daripada Covid-19 dalam negara adalah 1,482,800 atau 84.0 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada 18,762 kes baharu harian juga menunjukkan penurunan berbanding angka semalam yang mencecah lebih 20,000 kes.

jumlah kes import daripadanya adalah lima kes iaitu tiga warganegara dan dua warga asing.

“Manakakala sebanyak 18,757 kes adalah tempatan iaitu 16,532 daripadanya warganegara (88.1 peratus) dan 2,225 pula bukan warganegara (11.9%).

“Jumlah kes aktif adalah sebanyak 265,274 kes, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,007 kes sementara 464 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media kes harian Covid-19 di kementeriannya petang tadi.

Pada masa sama tambah beliau, sebanyak 278 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ia sekaligus menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini dalam negara adalah 16,942 kes atau 0.96 peratus.

“Manakala sebanyak 65 kes kematian daripadanya adalah berstatus Kematian di luar hospital atau Brought in Dead (BID).-MalaysiaGazette