KUALA LUMPUR – Barisan Kabinet yang dibentuk perlu segera menangani isu kes Covid-19 yang masih membelenggu negara ini.
Ranking ketahanan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Bloomberg minggu lalu menunjukkan Malaysia berada di tangga terbawah.
Lebih rendah dari Indonesia, India dan Thailand.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kes Covid-19 di negara ini mesti dilihat secara objektif kerana ia sangat menuntut kesegeraan.
Bukan sahaja aspek keyakinan mengenai kesihatan, tetapi juga kesan ekonomi yang lebih besar.
Katanya, istilah honey moon (bulan madu) hanya untuk yang baru kahwin.
Sedangkan angkat sumpah jawatan baru-baru ini hanyalah rujuk semula sebelum tempoh edah perceraian.
”Tiada yang baru. Tiada honey moon,” katanya penuh makna. – MalaysiaGazette