Aplikasi MySejahtera yang baharu dibuat akan dibuat  bagi untuk memudahkan orang-ramai menunjukkan tahap risiko mereka dengan Covid-19 pada masa depan.- Ihsan Twitter Khairy.

KUALA LUMPUR – Aplikasi MySejahtera yang baharu dibuat malam ini  bagi untuk memudahkan orang-ramai menunjukkan tahap risiko mereka dengan Covid-19 pada masa depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aplikasi baharu itu juga akan memudahkan orang untuk menunjukkan status vaksinasi mereka.

“Ini akan memudahkan hidup bersama Covid. Akan terus mengemaskini dan memperbaiki aplikasi dalam beberapa minggu akan datang,” ciapnya di Twitter malam ini.

Menurutnya, dalam aplikasi MySejahtera terbaharu, butang keluar juga telah ditambah untuk meningkatkan jejak kontak.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingatlah untuk check-out. Anda hanya perlu menekan butang, tidak perlu scan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette