Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan pertambahan kes positif baharu Covid-19 dengan 19,378 kes dilaporkan hari ini.

Berkongsikan data terkini mengenai jangkitan wabak itu di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan bilangan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,805,382 kes.

Selangor kekal dengan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 3,613, diikuti Sarawak (2,464), Sabah (2404), Johor (2,331), Pualau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356).

Manakala negeri-negeri yang mencatat jumlah kes di bawah 1,000 ialah Kuala Lumpur (740), Pahang (559), Terengganu (532), Melaka (399), Negeri Sembilan (270), Perlis (80), Putrajaya (41) dan Labuan (4). – MalaysiaGazette