Pasukan polis New Zealand berkawal di luar perkarangan pasar raya yang menjadi serangan seorang lelaki warga Sri Lanka. foto AP

WELLINGTON – Polis New Zealand menembak dan membunuh seorang pengganas setelah dia menikam dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah pasar raya Auckland.

Perdana Menteri Jacinda Ardern menyifatkan peristiwa itu sebagai “serangan pengganas” oleh seorang warga Sri Lanka yang berada di bawah pengawasan polis.

Identiti lelaki itu tidak dapat dikenal pasti.

Polis membunuh lelaki itu dalam masa 60 saat daripada serangan tersebut

“Apa yang berlaku hari ini adalah satu penghinaan, benci itu salah.

“Serangan ini dilakukan oleh individu,” kata Ardern.

Serangan itu berlaku di pasar raya di LynnMall dekat daerah New Lynn tengah hari tadi.

Lelaki itu didakwa mengambil sebilah pisau bersaiz besar dari rak kabinet di dalam stor dan terus menikam.

Seorang saksi memberitahu media Stuff NZ, suasana pasar raya itu seperti tempat kejadian histeria semasa kejadian tersebut.

Video dalam talian menunjukkan pembeli yang panik berlari keluar dari pasar raya sebelum terdengar bunyi tembakan.

“Orang ramai berlari keluar seperti histeria, menjerit, berteriak, takut,” kata saksi itu sambil menambah dia melihat seorang lelaki tua terbaring di tanah dengan luka tikaman. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast