Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara akan menghantui imej gagal bekas perdana menteri itu dalam kerajaan baharu yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi yang mempersoalkan pelantikan Muhyiddin berkata, bagaimana beliau dilantik.

”Apakah dia menekan Ismail Sabri. Atau Ismail Sabri lantik dengan sukarela kerana percaya Muhyiddin bukan perdana menteri gagal sebelumnya?.

”Apakah Majlis Pemulihan Negara mempunyai bidang kuasa yang besar. Pasti akan ada “term of reference” yang menjadikannya lebih “berautoriti”.

”Kalau itu dibenarkan, Ismail Sabri tidak akan ada kebebasan mengurus negara. Politiking akan berterusan. Tiada kestabilan,” dakwa beliau.

Tegas beliau, kalau dipaksa kerana syarat sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), itu bermakna Ismail Sabri akan jadi perdana menteri ‘terkawal’ dan merelakan ini adalah Kerajaan PN 2.0

Malah, dakwanya, lantikan itu juga menyelamatkan PPBM, yang mana parti itu kembali kuat dalam kerajaan.

Oleh itu, PPBM ada ruang tawar menawar untuk mengikat UMNO dalam agihan kerusi untuk PRU ke-15.

”MKT UMNO sudah mengingatkan, jangan dihidupkan imej Kerajaan PN 2.0,” tegasnya yang mengulas lantikan Muhyiddin. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. bila HATI KOTOR DENDAM KESUMAT….perkara BAIK dan WANGI sentiasa jadi BURUK dan BUSUK….apalagi yang umNO mau setelah berjaya menjatuhkan kerajaan serta diambilalih mereka.

    demi kuasa jawatan pangkat dan harta yang tidak dibawa MATI…peduli apa dengan SILATURAHIM kemaafan DAN berpegang pada TALI ALLAH….maka sampai Kiamat TIADA KESUDAHAN

  2. Muhyiddin dalam satu kenyataannya mengesahkan beliau sedia menjalankan tugas sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

    ISMAIL SABRI boleh lantik mantan MP BATU PAHAT INI JADI SENATOR kpm….SUPAYA DENDAMnya pada para pendidik diteruskan….kecundang pada cikgu IDRIS JUSI

  3. Tak cukup makan anjing ni..
    Sebab tu tak henti2 menyalak..
    Ni la salah seekor yg tak nak buat pemililihan sbb takut hilang jawatan..
    Tapi setiap anjing yg kuat menyalak mesti ada tuan kan?
    Agak2 sapa ka tuan kamu ya puad?

Comments are closed.