Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah

BERA – Agihan Bantuan Khas Covid 19  (BKC) kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sedikit lewat daripada yang dijadualkan pada Ogos berikutan perubahan kepimpinan kerajaan dan keanggotaan Kabinet.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejurus pembentukan Kabinet baharu tugasan utama kementeriannya adalah menyelesaikan pengagihan BKC kepada rakyat.

“Sepatutnya dijadualkan pemberian BKC pada bulan Ogos, namun disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan jadi telewat sedikit.

“YAB  Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk lakukan segera dan tugasan penting dilakukan setelah Kabinet dibentuk untuk selesaikan BKC,” katanya ketika ditemui di Bank Simpanan Nasional (BSN) Triang, Bera pagi tadi.

Dalam pada itu, katanya, kedudukan kewangan yang baik dan stabil membolehkan kerajaan memberi bantuan yang akan diterima pada September, November dan Disember 2021.

Menurut beliau, kerajaan hari ini mengggunakan langkah konsolidasi fiskal melihat perbelanjaan dan penggunaan kewangan negara yang lebih kepada rakyat.

Dana berjumlah RM4.6  bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan untuk pembayaran BKC yang memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar.

Kumpulan sasar tersebut terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan akan menerima bantuan mengikut jadual fasa yang ditetapkan.

Untuk rekod seramai 518,156 orang menerima BKC Pahang melibatkan peruntukan sebanyak 163.33 juta mula diagihkan pada fasa pertama hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bg lah mcm2 alasan…alasan yg sebenarnya ialah kerajaan Muhyidin lembab sebelum ni yg menyebabkan semua lambat..tu jaa..dan jgn lupa masa tu pun Tengku Zafrul ialah Menteri yg sama…

Comments are closed.