KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaafkan Siti Kassim yang sebelum ini mendakwanya memakai jam tangan Rolex.
“Insya Allah, saya maafkan. Saya doakan semoga Puan Siti diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan virus Covid-19,” tulis Senator Idris Ahmad dalam hantaran Facebooknya malam ini.
Beliau turut memuatnaik hantaran peguam kontroversi itu yang meminta maaf daripadanya.
“Minta maaf ustaz sebab saya memang salah,” tulis Siti Kassim.
Baru-baru ini, Idris telah diserang dengan tohmahan dan terbaharu beliau terpaksa menjawab dakwaan Siti Kasim mengenai jam tangan yang dipakainya kononnya jenama mewah Rolex.
Naib Presiden Pas itu berkata, beliau sudah lama memakai jam tangan Buruj yang mempunyai kelebihan waktu solat dan arah kiblat.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
syukur…minta maaf dan saling memaafkan adalah sifat terpuji MAHMUDAH….moga jadi ikutan teladan positif SEMUA pihak