Bale dibantu oleh rakan sepasukan selepas diterjah keras oleh pemain Belarus dalam aksi menang pusingan Kelayakan Piala Dunia pada Ahad.Kredit Foto: Reuters

LONDON – Gol hatrik yang dijaringkan Gareth Bale berjaya mengesahkan tiga mata penuh yang sangat penting untuk Wales menang ke atas Belarus dalam aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Kemenangan itu sekaligus menghidupkan peluang pasukan the Dragons itu untuk layak ke piala dunia kali ini.

Wales memulakan aksi dengan kemas dan teratur sebelum Bale menyempurnakan dua gol menerusi sepakan penalti yang diperolehinya.

Wales tidak mengambil masa yang panjang untuk membuka gol pertama apabila Bale menyempurnakan penalti pada minit ke-5 separuh masa pertama.

Namun, Belarus memberi tentangan sengit sehingga berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti.

Tidak sampai seminit, Belarus mengejutkan Wales menerusi gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Belarus.

Wales kembali mengatur strategi di separuh masa kedua sebelum berjaya bangkit dari ketinggalan 2-1 dan mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bale pada minit ke-69.

Kemudian kedua-dua pasukan berbalas serangan di gawang masing-masing sebelumm pada minit kecederaan ke-93 Wales berjaya menutup perlawanan dengan gol kemenangan hatrik dari Bale.

Selepas kalah perlawanan pembukaan kepada Belgium yang mendahului kumpulan E, peluang mereka mara secara automatik ke Piala Dunia seolah terkubur, namun dengan kemenangan ini ia menghidupkan semula peluang untuk pasukan itu.

Belgium secara automatik mengesahkan kemaraannya selepas mengungguli kumpulan E.-BB Sport.com