Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung laporan polis pndakwah terkenal, Ebit Lew telah dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sejurus selepas kertas siasatan disemak dan dikemaskini kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kata beliau, buat masa ini kertas siasatan diangkat kepada IPK untuk semakan lanjut.

“Caprice dan Nadir telah selesai dirakam keterangan dengan menjawab soalan menerusi e-mel dan sudah dibalas kepada kami minggu lalu.

“Kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberika kedua-dua individu itu dalam siasatan kes ini.

“Selepas siasatan dilengkapkan, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada IPK sekarang untuk tindakan lanjut dan kemudian ia akan diangkat kepada DPP untuk arahan sewajarnya,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Minggu lalu, Ashari mengesahkan polis selesai mengambil keterangan dengan menghantar e-mel soalan-soalannya kepada Caprice dan Nadir berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin membabitkan Ebit Lew pada Julai lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan itu menyusul selepas pendakwah tanah air terkemuka Ebit membuat laporan polis pada 19 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan menamakan kedua-dua individu itu dalam laporannya untuk tindakan polis.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza sambil menyifatkannya sebagai fitnah melampau.-MalaysiaGazette