Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September 2021 dengan pematuhan SOP yang ketat.

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) percaya pengumuman menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan merupakan satu berita gembira buat rakyat Malaysia.

Berita ini sudah tentu dapat memberikan kelegaan dan sinar buat penggiat industri pelancongan yang yang telah lama terjejas susulan penutupan keseluruhan rantaian sektor pelancongan akibat penularan pandemik Covid-19 sejak beberapa bulan yang lalu.

Pembukaan semula sektor pelancongan Pulau Langkawi ini akan membenarkan aktiviti-aktiviti utama yang menjadi tarikan pengunjung bakal diumumkan secara lebih terperinci oleh MOTAC tertakluk kepada perubahan semasa.

Antaranya kepada:

• Penginapan di hotel dan homestay termasuk semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay, Bussines Events (MICE) serta acara-acara
pelancongan dan kebudayaan;

• Produk tarikan utama pelancong seperti aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

• Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yachting dan sebagainya);

• Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white-water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

• Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan
persembahan budaya dan lain- lain;

• Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan

• Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

MATA berharap agar ahli-ahli di Pulau Langkawi mengikut SOP yang ketat seperti yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan Covid-19.

Ini kerana SOP di Pulau Langkawi akan dijadikan kayu pengukur bagi pusat peranginan yang lain di Malaysia seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Rawa, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan seterusnya dikembangkan ke destinasi-destinasi pelancongan utama yang lain seperti Bukit Fraser, Desaru, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya.

Selain itu, MATA juga menyeru setiap pelancong patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan terutama berkaitan kebenaran pelancongan yang akan dibenarkan tidak lama lagi agar rantaian penularan pandemik Covid-19 dapat diputuskan serta dapat membantu ke arah pemulihan keseluruhan rantaian ekonomi negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast