Director of Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin and Chief Secretariat of Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi during a news conference after submitting a memorandum to the Conference of Rulers to restructure the National Recovery Council to be chaired by Tun Dr. Mahathir Mohamad. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette /06 SEPTEMBER 2021.
Director of Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin and Chief Secretariat of Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi during a news conference after submitting a memorandum to the Conference of Rulers to restructure the National Recovery Council to be chaired by Tun Dr. Mahathir Mohamad. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette /06 SEPTEMBER 2021. Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin dan Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi pada sidang media menyerahkan memorandum memohon limpah perkenan Majlis Raja-Raja bagi penstrukturan semula Majlis Pemulihan Negara Dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perkarangan Pintu Masuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,06 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Reset Malaysia merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja agar membuat penstrukturan semula Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pengarahnya, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, ini kerana pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi MPN bercanggah dengan cadangan mereka sebelum ini yang mahu diketuai oleh tenaga pakar tanpa sebarang imbuhan.

“Ini adalah susulan daripada apa yang kami persembahkan Ke Bawah Seri Paduka Baginda YDPA di Istana Negara beberapa minggu lalu berkenaan penstrukturan MPN.

“Minggu lalu kerajaan mengumumkan pelantikan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Zuki Ali.

“Kami melihat pelantikan itu bercanggah dengan apa yang kami cadangkan selama ini,” katanya dalam sidang media di luar pekarangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja, hari ini.

Artikel berkaitan:

Terdahulu beliau bersama Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi menyerahkan memorandum memohon limpah Perkenan Majlis Raja-Raja bagi penstrukturan semula MPN.

Abu Hafiz  juga melahirkan rasa kecewa dengan pembentukan semula MPN yang dianggotai muka-muka lama daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini gagal menangani pandemik Covid-19.

“Watak sama dan diberikan taraf Menteri adalah sesuatu yang cukup mengecewakan sedangkan MPN yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir dianggotai oleh majoriti pakar dalam bidang masing-masing dan mereka tidak berbayar.

“Mereka hadir bertugas memberikan cadangan secara percuma berbanding yang cuba dibentuk oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerangka kerja hari ini tidak sama dengan (dicadangkan) Tun Dr Mahathir.

“Kalau ikut format lama, lebih kurang 10 Menteri Kabinet di dalamnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette