Foto Instagram Amirul Azahan.

KUALA LUMPUR – Bek kanan Perak FC, Amirul Azhan Aznan meminta maaf kepada penyokong Bos Gaurus berikutan tersingkir daripada dalam kancah Liga Super musim ini.

Perak turun kembali ke liga bahagian dua itu tahun hadapan selepas naik dari Liga Premier 32 tahun lalu apabila muncul juara pada 1989.

Menerusi hantaran Instagramnya, Azahan atau An meluahkan perasaanya kepada penyokong pasukan Kejor Yob kejor itu, hari ini.

“Kami akan mengambil iktibar di atas kejatuhan pasukan kali ini dan akan bangkit semula dalam kadar segera.

“Namun harus diingatkan kejatuhan kami bukanlah 100 peratus disebabkan oleh barisan kejurulatihan dan pemain semata-mata.

“Ketidakstabilan pengurusan sebelum ini perlu dipandang serius, isu tunggakan gaji sebelum ini menjatuhkan motivasi pemain sehingga ramai tonggak utama Perak FC melangkah keluar bagi memastikan kestabilan kewangan serta kerjaya mereka berjalan dengan lancar,” tulisnya.

Azhan menambah, mereka telah memberikan sepenuh jiwa kepada pasukan kerana ia adalah sumber rezeki bagi menyara keluarga.

Dia juga meminta supaya mana-mana pihak tidak mempersoalkan perihal jiwa kerana ia perkara subjektif.

“Perlu diperhalusi pelbagai faktor sebelum mempertikaikanya,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan itu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan yang terkini di atas sumbangan dan kredibiliti yang telah tunjukkan selepas apa yang berlaku selama ini ke atas pasukan.

“Amatlah berbesar hati sekira Cikgu Man dan Abang Rhino (Azman Noh dan Rhino-Rhino) dapat kekal bersama kami seiring dengan matlamat bagi menaikkan semula pasukan Perak FC ke Liga Super,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast