MELBOURNE – Harga minyak susut pada hari Jumaat, menuju kerugian mingguan hampir 2.0 peratus selepas China mengumumkan akan melepaskan minyak rizabya.
Kerugian itu turut disumbangkan oleh penjualan tiket penerbangan yang lembap oleh beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS).
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun AS$0.08 kepada AS$ 68.06 setong pada 0133 GMT, setelah turun AS$1.7 pada Khamis.
Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.12, kepada AS$ 71.33 setong, meneruskan penurunan 1.6 peratus dari hari Khamis.
Kedua-duanya ditutup pada tahap terendah sejak 26 Ogos pada hari Khamis.
Pentadbiran rizab China pada hari Khamis berkata, negaranya akan melepaskan rizab minyak mentah melalui lelong awam untuk meredakan tekanan kos bahan yang tinggi bagi loji penapisan domestik.
Ia merupakan langkah kali pertama dilakukan.
Seorang penganalisis mengatakan pelepasan dari rizab itu berlaku kerana jurutera China harus menggantikan bekalan yang mereka beli untuk muatan September dan Oktober dari Shell di Teluk Mexico AS
Royal Dutch Shell Plc, pengeluar minyak terbesar di Teluk Mexico AS, telah membatalkan beberapa kargo eksport kerana kerosakan akibat Taufan Ida di kemudahan luar pesisir.
Hampir 1.4 juta tong sehari pengeluaran minyak luar pesisir tetap ditutup dan 1 juta kapasiti penapisan juga masih belum dikeluarkan.
“Itu bukan berita baik di bahagian permintaan, dengan syarikat penerbangan AS. memberi amaran permintaan yang perlahan,” kata penganalisis ANZ Research dalam nota penyelidikannya.
American Airlines, United Airlines Holdings Inc, Delta Air, Southwest Airlines Co dan JetBlue Airways memaklumkan penjualan tiket perlahan dan menyemak semula pendapatan dengan menurunkan unjuran kerana lonjakan kes Covid-19 memberi ancaman kepada pemulihan pergerakan. – REUTERS