Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan 974 kes dikesan setakat 24 jam yang lalu.

Daripada jumlah itu, 30 adalah kategori tempat kerja membabitkan sejumlah 792 kes positif hasil saringan pengesanan kes bersasar dan bergejala serta kontak rapat di lapangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima lagi kluster dalam kategori komuniti dengan 150 kes positif dikesan di lapangan dan akhirnya dua kluster kategori kumpulan berisiko dengan 32 kes positif dilaporkan.

Katanya, 30 kluster kategori tempat kerja masing-masing 10 dilaporkan di Johor iaitu Muar, Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Kulai, Tangkak dan Kota Tinggi dan juga 10 di Selangor iaitu Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Langat.

Manakala 10 lagi kluster tempat kerja dikenalpasti iaitu empat di Perak, tiga di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Sabah, Kelantan dan Melaka Tengah, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada perkembangan berkaitan, empat kluster komuniti dikesan di Kelantan melibatkan Gua Musang, Kota Bharu dan Tanah Merah manakala Negeri Sembilan pula melibatkan Kuala Pilah.

Di Pahang pula ia melibatkan Temerloh dan Terengganu pula di Dungun.

Manakala dua kluster Kumpulan Berisiko Tinggi pula masing-masing dikesan di Seberang Perai Selatan Pulau Pinang dan di Cheras, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua kes kluster berisiko tinggi berkenaan adalah merujuk kepada Kluster ini yang dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan kakitangan dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Seruling Emas 4, Taman Seruling Emas, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan.

“Manakala kes di Cheras pula kes indeks perempuan tempatan berumur 26 tahun yang dilaporkan positif  pada 10 September lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kes mula bergejala pada 31 Ogos lalu dan nama kluster ini merujuk kepada lokaliti pusat jagaan berkenaan yang berhampiran dengan Jalan Yew, Pudu, Cheras di mana penularan kes-kes dilaporkan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast