Gambar hiasan. foto Getty Images

VIENNA – Seorang lelaki menyimpan mayat ibunya di sebuah bilik bawah tanah lebih setahun sambil terus menerima pencennya, kata polis Austria.

Wanita berusia 89 tahun itu, yang dilaporkan menderita dementia (nyanyuk), dikatakan meninggal dunia pada bulan Jun tahun lalu.

Anaknya, 66, dikatakan meletakkan mayat ibunya di bilik bawah tanahnya dan menggunakan bungkusan ais dan membalutnya untuk menangkis bau.

Polis percaya lelaki itu telah menerima bayaran sekitar €50,000 (£ 42,000).

Penipuan lelaki itu terbongkar selepas seorang posmen baharu yang menghantar dokumen bagi faedah kepada wanita itu tidak dibenarkan untuk menemuinya.

Susulan itu, siasatan dilancarkan.

Polis berkata, lelaki itu tidak mempunyai pendapatan dan memberitahu pencen ibunya akan dihentikan serta-merta jika dia melaporkan mengenai kematian wanita itu.

Tanpa pencen itu, dia tidak mampu membayar kos pengebumian dan terus berada di dalam rumah yang mereka kongsi. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast