Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 34 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kesemua kluster sebanyak 5,121 setakat ini.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 3,681 kluster telah ditamatkan manakala 1,440 lagi masih aktif.

“Daripada 34 kluster baharu itu, 17 kluster daripadanya adalah kategori tempat kerja, 14 komuniti, dua kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.

Kesemua Kluster Kerja dilaporkan di enam negeri iaitu Johor (10), masing-masing dua kluster di Perak dan Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya, katanya dalam perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, sembilan kluster komuniti juga dikesan di Kelantan, dua di Sarawak dan masing-masing satu  di Perak, Kedah dan Johor.

Menurutnya, dua kumpulan berisiko tinggi pula dikesan di Johor dan satu kluster keagamaan dilaporkan di Kuantan, Pahang.

Kesemua kluster membabitkan sebanyak 6,820 individu telah disaring sementara jumlah kes positif adalah 1,082 kes.-MalaysiGazette