KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) hari ini membuat perubahan drastik dengan melantik beberapa pemimpin bagi mengetuai jawatan penting dalam gabungan pembangkang itu.
Keputusan itu dipersetujui bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Berikut senarai pemimpin dan jawatan yang dipersetujui dalam mesyuarat MPPH:

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How (Ketua Pemuda PH); dan Senator Aiman Athirah (Ketua Wanita PH).
Datuk Seri Salahuddin Ayob pula dilantik sebagai Pengarah Strategi PH; diikuti Anthony Loke (Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH); dan Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi PH).
MPPH mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dilantik.

“Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, di lapangan serta menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata kenyataan itu kepada media, hari ini. – MalaysiaGazette
















