rejection SOSMA UMNO BN Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi The Federal Government and opposition, Pakatan Harapan (PH) have created national history by signing the Transformation and Political Stability Memorandum of Understanding (MoU).
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini telah melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di Kuala Lumpur hari ini. The Federal Government and opposition, Pakatan Harapan (PH) have created national history by signing the Transformation and Political Stability Memorandum of Understanding (MoU).

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini telah melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MOU itu membentuk kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Katanya, kerjasama itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas pagi ini.

“Titah hasrat baginda tuanku agar semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.

“Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam MOU oleh kerajaan dan PH petang ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri bersama ketua parti PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menandatangani MOU itu di Dewan Bankuet, Parlimen, petang ini.

Menurut beliau, transformasi yang diperkenalkan kerajaan itu bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Jelasnya, MOU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan hari ini merangkumi Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Katanya, kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan itu bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

“Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM, Anwar tandatangani MoU kestabilan politik esok

1 Komen

  1. akhirnya tanpa KEMALUAN ANWARFIKUN dan P AKATAN H ANCING menjilat LUDAH MUNTAH dan KENCING mereka …..HINANYA kerana ia adalah RASUAH POLITIK dan K PEMBANGKANG brtaraf MENTERI….dari golongan MUNAFIKUN yang BUSUK HATI dan EGO bersama 15 MP umNO PETUALANG NEGARA

    semuanya itu sudah diPELAWA TSMY demi tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Malaysia.

Comments are closed.