Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat dijangka berterusan di sembilan negeri melibatkan Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, amaran cuaca itu membabitkan seluruh kawasan di Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

“Bagi Kedah ia melibatkan kawasan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu manakala di Pahang berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, dan Bentong.

“Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette