Foto Instagram Shuib.

KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuib akhirnya dibenarkan untuk berjumpa dengan anak bongsu, Ayash Affan setelah lebih sebulan berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, hari ini.

“InsyaAllah, Alhamdulillah hari ni jumpa AYASH AFFAN. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni U jaga dia tau. U jaga tau. U jaga ok.

“InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga U sampailah dia jadi anak yang soleh naka yang akan jadi kebanggaan U dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma I mohon U doakan I, perjalanan I masih juh, doakan I selalu kuat. I LOVE U SAYANG,” tulisnya.

Sebelum ini, anak keempat pelawak dan usahawan popular itu dilahirkan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu pada usia kandungan tujuh bulan.

Pembedahan terpaksa dilakukan berikutan keadaan isterinya yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah itu yang tidak stabil setelah positif Covid-19. – MalaysiaGazette