KUALA LUMPUR – Program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

KPKT akan menyediakan 1,000 unit kediaman di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa paling minimum iaitu RM124 sebulan kepada keluarga yang kehilangan pendapatan, kekurangan, peendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha bersasar KPKT bagi membantu kumpulan rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Malah, pasukan KPKT juga sedang merangka beberapa lagi inisiatif bersifat responsif serta penampan untuk mengurangkan keresahan rakyat.

Menurut beliau, KPKT juga sedang merangka beberapa lagi inisiatif bersifat responsif serta penampan untuk mengurangkan keresahan rakyat.

Permohonan untuk mendapatkan kemudahan Rumah Ikram KPKT ini telah pun dibuka di portal Teduh KPKT melalui capaian https://teduh.kpkt.gov.my.

Syarat-syarat permohonan bagi Inisiatif Kediaman Keluarga Malaysia seperti berikut:
(i) Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
(ii) Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas;
(iii) Tidak memiliki rumah, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
(iv) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan ke talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT : 03-8891 4475. – MalaysiaGazette