Jesse Lingard. Foto The Sun.

KUALA LUMPUR – Pemain Manchester United, Jesse Lingard meluahkan rasa sakit yang dirasainya dengan apa yang berlaku ketika kelabnya tewas kepada Young Boys 1-2 semalam.

Lingard, 28, menjadi punca kekalahan selepas dia menolak bola ke belakang ke ara De Gea namun dapat disambar oleh pemain tuan rumah lalu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 95.

Pemain tengah itu jelas kecewa apabila dia menjadi punca kepada kekalahan tersebut.

“Malam tadi ia satu kekalahan yang menyakitkan. Setiap kali saya memakai jersi United, saya berharap peminat memahami maksudnya. Saya sentiasa ingin melakukan perkara yang terbaik untuk United, terutama untuk para peminat.

“Saya kecewa dengan kekalahan ini kerana berpunca daripada kesilapan saya. Saya tidak mahu kalah dalam sebarang perlawanan tetapi kesilapan boleh berlaku dalam bola sepak dan kami harus bangkit bersama.

“Kami akan pikul tanggungjawab ini dan saya tidak sabar untuk menunggu hari Ahad ini,” tulis di Twitter miliknya.

Ahad ini, United akan berhadapan dengan West Ham yang mana ia merupakan kelab yang Lingard dipinjamkan pada musim lalu. – MalaysiaGazette