Keadaan gerai jualan yang terbiar akibat pandemik Covid-19 bakal beransur pulih semula sempena pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Chenang Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 15 JUN 2021.

LANGKAWI – Kemeriahan masih belum lagi terasa di Pantai Chenang walaupun Langkawi menjadi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang bermula hari ini.

Kawasan yang sebelum ini menjadi tumpuan dengan kehadiran pelancong kini kekal suram apabila tidak banyak aktiviti pelancongan dijalankan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Tinjauan MalaysiaGazette semalam mendapati kedai-kedai di sekitar Pantai Cenang masih ada ditutup dan sepi tanpa kehadiran pelancong.

Lebih menyedihkan terdapat kedai yang ditinggalkan seolah-olah terbengkalai tanpa diselenggara selepas ditutup gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Keadaan gerai jualan yang terbiar akibat pandemik Covid-19 bakal beransur pulih semula sempena pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Chenang Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 15 JUN 2021.

Namun, beberapa kedai mula dibuka dan kelihatan kakitangan yang mula membersih keadaan di dalam sebagai persediaan menyambut pengunjung hari ini.

Bukan itu sahaja, jalan raya yang dahulunya sesak kini agak lengang tanpa kelihatan kelibat kereta di sana.

Malah, kawasan pantai juga kelihatan ‘tenang’ tanpa kehadiran para pelancong yang melimpah ruah.

Sebelum ini, dilaporkan, sebanyak 23 agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’ dan berdepan kerugian.

Pekerja gerai jualan melakukan persiapan sempena menyambut pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Chenang Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 15 JUN 2021.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, statistik ketibaan pengunjung pada 2019 di Langkawi adalah berjumlah 3.92 juta iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan bagi pulau ini.

Namun kata beliau, pada tahun 2020, jumlah ketibaan pelancong yang direkodkan hanyalah sebanyak 1.8 juta.

“Penurunan mendadak sebanyak 54 peratus ini telah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia yang bukan hanya menjejaskan kesihatan awam malah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

“Pada tahun 2020 sahaja Langkawi mengalami kerugian sebanyak RM700 juta jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1.7 billion,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pembukaan Semula Sektor Pelancongan di Langkawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, di sini, malam tadi.

Pekerja Cenang Watersports melakukan kerja-kerja persiapan akhir sempena menyambut pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Chenang Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 15 JUN 2021.

Muhammad Sanusi yakin perancangan, keputusan dan tindakan pembukaan semula sektor pelancongan di Langkawi telah perhalusi sebaik-baiknya.

“Perkara ini penting bagi menyeimbangkan keperluan kedua-dua elemen utama life and livelihood, atau dalam kata lain, kehidupan (seperti keselamatan dan kesihatan) dan mata pencarian semua pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau memberitahu, sehingga 9 September lalu, sebanyak 136,900 pemberian dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di Langkawi.

Pekerja Cenang Watersports melakukan kerja-kerja persiapan akhir sempena menyambut pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi yang bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Chenang Langkawi, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 15 JUN 2021.

Jelas beliau, ia meliputi pemberian vaksin kepada populasi berumur 18 tahun ke atas yang telah mencecah 91.4% atau 69,823 individu bagi dos pertama.

“Manakala dos kedua pula mencatatkan jumlah penerima sebanyak 87.8% (67,078). Pihak Pejabat Kesihatan Daerah secara terus menerus mempergiatkan proses pemberian vaksin ini kepada semua golongan supaya semua golongan mendapat suntikan vaksin tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

“Ini penting kerana, tiada siapa selamat sehingga kita semua selamat,” katanya. – MalaysiaGazette