Data harian KKM tentang perkembangan kes positif di dalam negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,577 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengahari ini berbanding 18,815 kes semalam.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 berjumlah 2,067, 327 kes.

Menurut data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook, Sarawak terus mencatatkan kes tertinggi dengan 3,480 kes diikuti Selangor (2,646) dan Johor (2,334).

Empat negeri yang merekodkan kes positif harian di bawah paras 2,000 ialah Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Enam negeri merekodkan kes harian di bawah 1,000 kes ialah Kelantan sebanyak 869 kes disusuli Pahang (832), Terengganu (719), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (366), Melaka (287) dan Negri Sembilan (198).

Tiga negeri dilapor mencatatkan kes Covid-19 di bawah paras 50 adalah Perlis (41), Wilayah Persekutuan Putrajaya (31) kes dan Labuan (10).

Sementara itu, berdasarkan laman sesawang laman Covidnow.gov.my semalam, sebanyak 346 kes kematian dilaporkan.

Daripada jumlah itu sebanyak 97 kes dilaporkan di Lembah Klang yang mana 94 daripadanya dikesan di Selangor manakala tiga lagi direkodkan di Kuala Lumpur.

Sebanyak 92 kes kematian direkodkan di Kedah manakala Pahang, Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan sifar kes kematian semalam. – MalaysiaGazette