Buaya yang dibawa naik nelayan di kawasan tepi pantai berhampiran Kampung Contoh, Bagan Ajam di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Sekumpulan pemancing dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di kawasan Jeti Nelayan Bagan Ajam di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 6.44 petang sebelum beberapa orang nelayan menaiki bot ke lokasi berkenaan dan menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan pukat.

Tangkap layar menunjukkan nelayan menangkap buaya menggunakan pukat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), bertindak atas maklumat sepasukan polis dikerahkan ke lokasi sebelum mendapati seekor buaya dibawa naik ke pantai berhampiran kedai makan di Kampung Contoh.

Jelas beliau, buaya yang dibawa naik itu sepanjang hampir empat meter dengan berat kira-kira 500 kilogram.

Noorzainy.

“Susulan itu, dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) kita memindahkan buaya tersebut ke pejabat APM Daerah SPU sementara menunggu kehadiran Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penangkapan buaya tersebut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu tular beberapa klip video menunjukkan nelayan menangkap seekor buaya menggunakan pukat di kawasan laut sekitar Bagan Ajam. – MalaysiaGazette