Prof. Dr. Abu Sofian Yaacob.

KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi yang juga mantan pensyarah universiti awam, Prof. Dr. Abu Sofian Yaacob dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi Bumiputera Parti Putra Malaysia.

Pelantikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Putra Negeri Sembilan itu diumumkan Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali dengan persetujuan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) parti dalam mesyuarat secara maya, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Putra, Borhan Ahmad Zakaria, pelantikan Abu Sofian yang juga Ketua Penaja Putra Bahagian Tampin itu dibuat selaras dengan kehendak dan tuntutan Fasal 9.3.1 Perlembagaan Putra.

Sementara itu, katanya, mesyuarat ADT juga menetapkan tarikh persidangan tahunan di peringkat cawangan, sayap, bahagian dan perhimpunan agung tahunan.

Borhan Ahmad Zakaria

Katanya, memandangkan negara masih dalam pandemik Covid-19, maka persidangan bagi semua peringkat itu akan diadakan secara atas talian dengan kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Mesyuarat ADT Putra hari ini juga berpuas hati dengan pencapaian luar biasa parti itu, walaupun kewujudannya baru berusia lebih dua tahun.

“Antara kejayaan itu ialah Putra telah memperolehi sijil sah untuk penubuhan 95 bahagian di seluruh negara.

“Sebanyak 63 bahagian lagi kelulusannya masih dalam proses dan sijilnya dijangka diperolehi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata Borhan, dengan kelulusan itu, Putra layak mengadakan persidangan tahunan buat pertama kalinya dengan penyertaan daripada 95 bahagian.

Beliau turut menjelaskan, tarikh persidangan tahunan peringkat bahagian termasuk sayap akan diadakan secara maya dengan peringkat cawangan dan sayap bermula 1 hingga 15 Oktober ini.

Persidangan peringkat bahagian dan sayapnya pula dijadualkan 16 Ogos hingga 26 November, manakala Perhimpunan Agung Tahunan sayap pada 17 Disember dan Perhimpunan Agung parti 18 Disember. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Take sebut pun nak perbetulkan dasar ekonomi apartheid DEB/NEP 30% ekonomi untuk majority Melayu supaya minority kaum asing meraih 70% ekonomi dan menghidupkan semula semangat Melayu berjaya menentang Malayan Union nak beri kerakyatan kepada pati. Beri visas cukuplah supaya toleransi penduduk berbilang kaum dan rakyat etnik tempatan.

Comments are closed.