Superintendan Mohamed Rizal Kamarudin bersama Asisten Superintenden Suhaimi Mohamad ketika sidang media di Balai Polis Trafik IPD Kuantan

KUANTAN – Sebanyak 847 saman dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT D), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bermula Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohamed Rizal Kamarudin berkata, jumlah tersebut melibatkan operasi samseng jalanan yang dijalankan oleh bahagian tersebut.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 62 kes siasatan telah dibuka, manakala 24 lagi melibatkan pertuduhan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan menunjukan kenderaan yang disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan bermula Januari hingga Ogos tahun ini

“Kes saman tersebut melibatkan Seksyen 42(1) dan Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi tempoh lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 bagi kesalahan Seksyen Seksyen 42(1) APJ 1987, ujarnya.

Tambah beliau, bagi kesalahan Seksyen 45 A(1) APJ 1987 boleh didenda RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 dan juga boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun.

“Manakala sebanyak 345 kenderaan telah disita kerana 60 daripadanya memandu secara merbahaya dan dan 285 lagi melibatkan penyitaan kenderaan” katanya. – MalaysiaGazette