carta terbaharu kes positif harian Covid-19 bertarikh 20 September 2021 oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,345 kes positif Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 14,954 kes semalam dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,112,175 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook berkata, Selangor terus menunjukkan penurunan kes yang ketara apabila merekodkan 1,365 kes berbanding 2,028 kes semalam.

Bgaimanapun, Sarawak merekodkan kenaikan kes positif kepada 3,611 kes hari ini daripada 2,707 kes semalam dengan jumlah kumulatif sebanyak 186,832 kes.

Lima lagi negeri merekodkan kes di bawah paras 2,000 ialah Sabah (1,255), Johor (1,598), Perak (1,090), Kelantan (1,050) dan Pulau Pinang (1,170).

Manakala enam negeri mencatatkan kes positif di bawah paras 1,000 kes adalah Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), WP Kuala Lumpur (307), Melaka (162) dan Negeri Sembilan (125).

Dalam pada itu tiga negeri mencatatkan kes positif di bawah tiga angka ialah Perlis sebanyak 51 kes diikuti Putrajaya (11) manakala Labuan mencatatkan sifar kes positif. – MalaysiaGazette