Thursday, April 18, 2024
Home Dunia Menteri Kesihatan Brazil dijangkiti Covid-19

Menteri Kesihatan Brazil dijangkiti Covid-19

Marcelo Queiroga. foto Reuters
NEW YORK – Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Queiroga disahkan positif ketika menemani Presiden Jair Bolsonaro ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Kerajaan Brazil yang mengumumkan berita itu berkata, Queiroga akan menjalani proses kuarantin di bandar itu.
“Menteri Kesihatan dalam keadaan stabil dan ahli delegasi lain turut melakukan ujian saringan dan keputusan mereka semuanya negatif,” kata kenyataan itu.
Queiroga memberitahu CNN Brasil, beliau sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam bangunan PBB itu.
Beliau merupakan delegasi Brazil kedua dikesan positif Covid-19 selepas seorang pegawai diplomatik didapati positif dan kini menjalani proses kuarantin.
Brazil kini mencatatkan lebih 590,000 kes kematian iaitu negara kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. – CNN