Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima secara rasmi dokumen rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Ismail Sabri dalam satu hantaran video di Facebook milik beliau sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut dan dokumen rasmi itu diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Hari ini saya menerima penyerahan dokumen rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 27 September 2021.

“Insya-Allah, semoga semuanya dipermudahkan,” jelas beliau di Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, taklimat RMK12 bersama Mustapa dan editor kanan daripada pelbagai organisasi media elektronik, massa dan tradisional telah diadakan secara tertutup malam tadi. – MalaysiaGazette