Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja Pusat Pertubuhan Komuniti Intervensi Dadah Malaysia.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan ketika melawat Komuniti Intervensi Dadah (DIC) Casa Paliativo di Sungai Soi, di sini, yang menempatkan bekas penagih yang memerlukan kehidupan baru untuk kembali bersama masyarakat.

Pada lawatan itu, baginda berkenan mengurniakan sumbangan dan beramah mesra bersama komuniti berkenaan serta memberi motivasi kepada mereka agar terus kuat dan semangat dalam menempuh kehidupan.

Menerusi Facebook MUIP, baginda dilihat menyantuni golongan tersebut bersama warga Majlis Ugama Islam Adat Melayu Pahang (MUIP) meluangkan masa mendekati golongan tersebut pada petang semalam.

Selain itu, baginda yang juga Yang Dipertua MUIP turut melihat usaha golongan itu dalam pelbagai bidang seperti penternakan ayam belanda dan lebah kelulut, pertukangan dan pertanian fertigasi.

Difahamkan objektif utama penubuhan Casa Villa dan Casa Paliativo adalah untuk memberi semangat dan mengekalkan tahap pemulihan bekas penagih dadah yang menghidap penyakit HIV untuk membetulkan kehidupan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast