Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11,332 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu sehingga pukul 12 tengahari.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan akibat wabak tersebut di negara ini mencecah 2,220,526 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,358 kes hari ini disusuli Johor (1,319) dan Selangor (1,231)

Kelantan merekodkan 1,088 kes,  Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast