LOS ANGELES – Bapa Britney Spears, dilucutkan hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap penyanyi terkenal itu.
Arahan itu dikeluarkan hakim Mahkamah Los Angeles dan berkuat kuasa Rabu.
Kapasiti kamar mahkamah penuh malah terdapat peminat yang tiba sebelum subuh bagi merebut kerusi orang awam yang terhad.
Jamie Spears telah mengawal kehidupan penyanyi ternama itu selama 13 tahun di bawah perjanjian undang-undang yang mengatakan wanita berusia 39 tahun itu “ganas.”
Bagaimanapun, peguam-peguam Britney meminta supaya perjanjian itu dihapuskan.
“Kuasa yang ada pada Jamies Spears perlu digantung pada 29 September sebelum ditamatkan sepenuhnya,” kata peguam Britney, Mathew Rosengart dalam satu kenyataan minggu ini.- Agensi