Former UMNO Supreme Council Member, Datuk Lokman Adam at the Kuala Lumpur Courts Complex. PIX : AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 JULY 2020 contempt of court intimidating threatening 1MDB witness Amhari Effendi Nazaruddin, who is also the former special officer to Najib. Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Syarie Chief Judge
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di Mahkamah jalan Duta, di sini, esok.

Menurut kenyataan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Lokman dihadapkan ke mahkamah kerana kes menyiarkan video menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun kes tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan video yang disiarkan secara langsung di laman Fecebook bertajuk ‘Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul?’ oleh Lokman pada awal November tahun lalu.

Kata kenyataan itu, pendakwaan akan dilakukan oleh USJT di Mahkamah Sesyen Jenayah 4, Mahkamah Siber, Jalan Duta pada jam 9 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas kertas siasatan terhadap Lokman dirujuk dan mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa beliau di mahkamah.

“Lokman akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021,” katanya sambil menambah kes dikendalikan oleh pegawai Penyiasat Inspektor, Mohd Nasir Abu Hasan dari USJT JSJ Bukit Aman. – MalaysiaGazette