Kelibat Komuro dikesan ketika tiba di Jepun. foto Getty Images

TOKYO – Selepas melalui perhubungan kontroversi, Puteri Mako akan berkahwin dengan rakan sekelasnya bulan ini.

Perkahwinan itu akan menyebabkan status dirajanya terlupus.

Agensi Istana Jepun berkata, tarikh perkahwinan itu ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Pasangan ini pada awalnya akan berkahwin pada tahun 2018, tetapi ditangguhkan kerana keluarga Komuro mengalami masalah kewangan.

Mereka dijangka pindah ke Amerika Syarikat, yang mana di sana Komuro bekerja sebagai peguam setelah berkahwin.

Liputan media yang berlebihan tentang berita perkahwinan Puteri Mako, anak kepada Putera Mahkota Fumihito sejak bertahun-tahun telah menyebabkan puteri itu menderita gangguan tekanan, menurut kata Agensi Istana Jepun yang memetik agensi berita Kyodo.

Pasangan ini kali pertama bertemu pada tahun 2012 sebagai pelajar di International Christian University, dekat sini.

Mereka kemudian bertunang pada tahun 2017 dan merancang untuk berkahwin setahun selepas itu. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast