KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumkan bahawa semua diesel yang dijual di stesen Petronas kini mematuhi piawaian Euro 5.

Diesel yang dijenamakan sebagai Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, ditawarkan dengan nisbah campuran biodiesel yang berbeza, iaitu B7 (dari nozel berwarna biru) serta B10 dan B20 (dari nozel berwarna hitam) di stesen Petronas.

Petronas menjelaskan, diesel yang mematuhi piawaian Euro 5 mengandungi 50 kali kurang sulfur untuk pemanduan yang lebih bersih, manakala formula Pro-Drive menjanjikan penjimatan minyak dan pengalaman pemanduan lancar.

Tiga varian campuran biodiesel – dengan tujuh peratus, 10 peratus dan 20 peratus komponen berasaskan bio — juga memastikan pelepasan karbon rendah untuk menyokong agenda kelestarian kerajaan dan Petronas,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan kelebihan utama iaitu membersihkan dan melindungi enjin diesel untuk memanjangkan jangka hayat enjin, menambah baik pembakaran, mengoptimumkan prestasi enjin dan memberikan lebih penjimatan minyak di samping memberikan pengalaman pemanduan yang lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast