Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Vaksinasi bagi penduduk dewasa di Lembah Klang untuk warganegara dan bukan warganegara mulai Isnin ini hanya dilaksanakan dengan kaedah janji temu di Klinik Kesihatan (KK) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

CITF memaklumkan, individu dewasa yang ingin mendapatkan vaksinasi COVID-19 termasuk mereka yang terlepas janji temu suntikan dos kedua perlu membuat janji temu awal terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon bilik gerakan vaksinasi daerah masing-masing atau menerusi e-mel.

Senarai KK di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk dihubungi bagi janji temu vaksinasi COVID-19:

PEJABAT KESIHATAN TITIWANGSA
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur [email protected] (011-12311904)

Klinik Kesihatan Setapak [email protected] (03-41425429)

Klinik Kesihatan Kampung Pandan [email protected] (017-5558108)

Klinik Kesihatan Datuk Keramat [email protected] (014-3227543)

PEJABAT KESIHATAN KEPONG
Klinik Kesihatan Jinjang [email protected] (03-62583355)

Klinik Kesihatan Sentul [email protected] (03-62500594)

Klinik Kesihatan Batu Muda [email protected] (03-62415322)

PEJABAT KESIHATAN LEMBAH PANTAI
Klinik Kesihatan Tanglin [email protected] (03-26983311) (03-26983580) (03-26983490)

Klinik Kesihatan Muhibbah [email protected] (03-77726040)

PEJABAT KESIHATAN CHERAS
Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak ppvkkbtr@ gmail.com (03-91713333)

Klinik Kesihatan Cheras vaccinekkc@ gmail.com (03-91333322)

Klinik Kesihatan Sungai Besi [email protected] (03-90549911)

Klinik Kesihatan Cheras Baru ppvkkcherasbaru@ gmail.com (03-91333322)

PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 [email protected] (013-8880938)

Senarai PKD di Selangor untuk dihubungi bagi janji temu vaksinasi:

PKD Petaling 03-78840400 [email protected]
PKD Kuala Langat 019-3286275 [email protected]
PKD Gombak 03-60913814 [email protected]
PKD Kuala Selangor 03-32812309/ 019-4727453 (Whatsapp) [email protected]
PKD Klang 019-6466658 (Whatsapp) [email protected]
PKD Hulu Selangor 03-60642078 [email protected]
PKD Hulu Langat 03-87397909 [email protected]
PKD Sepang 03-87066001 [email protected]
PKD Sabak Bernam 019-3656570 [email protected]

Menurut CITF, kesemua KK dan PKD tersebut beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun pula, orang ramai diminta merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai diminta menghubungi talian KK atau PKD berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan penerima.- BERNAMA