Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Bilangan positif Covid-19 di negara ini terus menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 8,075 kes baharu direkodkan setakat tengah hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini sebanyak 2,285,640 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, negeri Sarawak mendominasi carta harian dengan mencatatkan jumlah kes positif tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan sebanyak 1,020.

Manakala negeri yang merekodkan kes positif di bawah angka 1,000 kes termasuklah Pulau Pinang iaitu sebanyak 853 kes diikuti Johor sebanyak 781 kes, Selangor (686) Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548) dan Pahang sebanyak 522 kes.

Sementara Melaka mencatatkan sebanyak 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan dua kes di Labuan.

Tambah Dr. Noor Hisham, kapasiti dan penggunaan katil hospital sehingga pukul 3 petang semalam mencatatkan sejumlah 16,415 bersamaan dengan 54 peratus.

Sementara jumlah penggunaan katil unit rawatan rapi yang direkodkan berjumlah 1,529 iaitu 56 peratus. – MalaysiaGazette