Saturday, April 27, 2024
Home Politik PRN Melaka tak sesuai dalam suasana pandemik – Wanita PN

PRN Melaka tak sesuai dalam suasana pandemik – Wanita PN

senior citizens Covid-19 vaccine Minister of Women, Family and Community Development Datuk Seri Rina Mohd Harun speaks to the media after visiting homeless army veteran, Suria Mohamad Hassan and his family who used to live under a bridge at Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021
Rina Mohd. Harun. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 JUNE 2021

KUALA LUMPUR – Wanita Perikatan Nasional (PN) berpendapat pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak sesuai diadakan ketika ini lantaran risiko jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Menerusi satu kenyataan, Wanita PN menegaskan, risiko jangkitan dikhuatiri meningkat jika ratusan ribu rakyat negeri itu keluar mengundi walaupun negara kini sudah hampir mencapai sasaran imunisasi 90 peratus populasi dewasa.

“Wanita PN berpendapat fokus ketika ini harus diberikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara dan negeri Melaka daripada pandemik Covid-19.

“Proses pemulihan negara dan negeri Melaka sedang berjalan lancar dan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan PN sebelum ini yang dipimpin oleh Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sudah mula menampakkan hasil positif,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan atas nama Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh; Ketua Wiranita Star, Evelyn Gobile; Ketua Wanita SAPP, Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional Gerakan, Janice Wong Oi Foon.

Sementara itu, Wanita PN berkata, pihaknya tetap bersedia menghadapi PRN dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan bersesuaian.

Wanita PN turut kesal dan kecewa apabila krisis politik di Melaka tercetus ekoran tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri ketika rakyat dan negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette