Thursday, March 28, 2024
Home Nasional Residensi Prihatin dijenama jadi Residensi Keluarga Malaysia

Residensi Prihatin dijenama jadi Residensi Keluarga Malaysia

Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula skim Residensi Prihatin yang dilancarkan Februari lalu sebagai Residensi Keluarga Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penjenamaan semula itu selaras dengan konsep besar Keluarga Malaysia yang lebih inklusif dan dekat dengan semua lapisan masyarakat.

“Kementerian Wilayah akan memastikan perumahan mampu milik disediakan untuk warga Wilayah Persekutuan dan dibina berhampiran dengan akses perkhidmatan awam seperti stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Ketika ini Kementerian Wilayah mempunyai dua produk mampu milik iaitu Residensi Wilayah yang berharga RM300,000 seunit dengan keluasan 900 kaki persegi, khusus untuk golongan M40.

“Manakala, satu lagi ialah Residensi Prihatin yang berharga hingga RM200,000 seunit dengan keluasan 705 kaki persegi untuk golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Shahidan berkata, kementeriannya akan terus melaksanakan dasar dan pembangunan Wilayah Persekutuan sebaik mungkin termasuk menarik pelaburan.

Sebelum ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan skim Residensi Prihatin bagi membantu golongan B40 memiliki rumah sendiri di sekitar Putrajaya.

Dianggarkan, sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik akan dibina pada harga RM200,000 seunit. – MalaysiaGazette