Kerosakan tingkap Lapangan Terbang Raja Abdullah akibat diserang dengan dron. foto Twitter

KAHERAH – Seramai 10 orang cedera selepas dron yang membawa bahan letupan menyerang Lapangan Terbang Raja Abdullah di bandar Jizan, menurut agensi berita SPA yang memetik sumber gabungan tentera.

Mereka yang cedera terdiri daripada tiga warga negara Arab Saudi dan tiga rakyat Bangladesh serta seorang dari Sudan.

Serangan itu turut memecahkan tingkap-tingkap di lapangan tersebut.

Gabungan tentera yang dipimpin Arab Saudi campur tangan di Yaman pada tahun 2015, menyokong pasukan pemerintah Presiden Abdrabbuh Mansur Hadi yang digulingkan dan memerangi kumpulan Houthi yang berpihak kepada Iran.

Setakat ini tiada pihak dari Houthi yang mengaku bertanggungjawab walaupun kumpulan itu kerap melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Arab Saudi.

Dalam perkembangan sama hari ini, Al-Ekhbariya TV memetik kenyataan gabungan tentera yang mengatakan telah memintas dan memusnahkan dron kedua yang dilancarkan ke arah lapangan terbang.

Jurucakap rasmi pasukan koalisi, Brigadir Jeneral Turki Al-Maliki, menyatakan bahawa “pada hari Jumaat malam, sebuah senjata musuh jatuh di Lapangan Terbang Raja Abdullah di Jizan, yang mana ribuan pelancong awam melintas, termasuk penduduk tempatan dan warga asing dari berbagai negara,”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast