Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 10 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu masing-masing empat kluster adalah di tempat kerja dan komuniti manakala selebihnya ialah kumpulan berisiko tinggi.

Penemuan terbaharu itu menjadikan keseluruhan kluster Covid-19 yang ditemui di negara ini berjumlah 5,580 kluster.

“Terdapat 845 kluster masih aktif namun, jumlah keseluruhan yang telahpun ditamatkan adalah sebanyak 4,735,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan, kes positif harian baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 8,743 kes.

Sebanyak 8,729 kes merupakan penularan tempatan manakala 14 kes import.

Terdapat 770 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 419 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, kes semubuh baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 14,422 kes. – MalaysiaGazette