Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan apabila merekodkan 8,743 kes jangkitan baharu virus itu pada hari ini.

Penurunan itu melebihi 10 peratus berbanding 9,751 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan lebih 8,000 kes baharu itu melonjakkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 yang direkodkan kini meningkat kepada 2,332,221 kes. – MalaysiaGazette