Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka memperlihatkan trend menaik minggu depan dengan pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi memberangsangkan di pasaran tunai.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diramalkan berlegar antara 1,565 dan 1,580 minggu depan, dipacu oleh kegiatan belian yang mungkin tertumpu pada saham perladangan serta minyak dan gas.

Untuk minggu yang baru berakhir, Oktober 2021 dan November 2021 melonjak 41.5 mata masing-masing kepada 1,561.5 dan 1,560.5, Disember 2021 menambah 42.0 mata kepada 1,561.0 sementara Mac 2022  meningkat 40.5 mata kepada 1,548.5.

Pada urus niaga minggu ini, jumlah dagangan merosot kepada 38,398 lot daripada 107,001 lot pada minggu sebelumnya sementara kepentingan terbuka menyusut kepada 36,987 kontrak daripada 42,211 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan pada perbandingan Jumaat-Jumaat, indeks penanda aras meningkat 39.42 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,563.9 daripada 1,524.48 sebelumnya. – MalaysiaGazette